Description
Highlight
Jika diberi peluang bercinta buat kali kedua, adakah kamu akan memilihnya?
Penulis terlaris New York Times
Hak Cipta Rasmi Terjemahan Bahasa Melayu Diberi Oleh HarperCollins Publishers.
Rentetan kisah romantis XOXO, ASAP membawakan watak kegemaran ramai, Sori, anak perempuan kaya pemilik syarikat hiburan dan Nathaniel, bekas teman lelaki bintang K-popnya. Adakah kisah cinta mereka layak diberikan peluang kedua?
***
Sori bekerja keras sepanjang hidupnya untuk menjadi idol K-pop. Sehinggalah pada suatu hari, dia sedar dia tidak mahu kehidupannya terus menjadi perhatian umum. Namun keputusan untuk berhenti bukanlah di tangannya; dia terperangkap di antara tuntutan syarikat hiburan mamanya dan cita-cita papanya untuk menjadi presiden.
Dengan segala tekanan yang diterima, orang yang dia tidak sepatutnya fikir ialah bekas teman lelaki, Nathaniel merangkap lelaki yang dia perlu elak. Merupakan ahli salah satu kumpulan K-pop terkenal dan larangan bercinta, Nathaniel bukan lagi pilihannya berbanding dua tahun lalu.
Namun Sori tidak boleh lupakan memori percintaan mereka. Malah itulah kali terakhir dia benar-benar bahagia. Keluarga Nathaniel juga menerima Sori ketika dia memerlukan tempat bergantung.
Apabila Nathaniel sekali lagi terlibat dalam skandal, Sori mempelawa Nathaniel yang memerlukan tempat perlindungan untuk tinggal bersamanya. Kembali rapat, sukar untuk mereka menafikan perasaan yang masih bersisa. Sori perlu membuat keputusan. Adakah masa depannya berbaloi dikorbankan demi peluang kedua dalam percintaan?
Reviews
There are no reviews yet.