Description
Kronikel Dewata VII: Sumeru
oleh Lokman Hakim
Tahun 2311
Batara Kala ligat mengatur perancangan agar Api Ilahi dan juga Jagat Gelap berseteru. Bertarung dalam kebingungan. Biar bingung diputar waktu yang berliku-liku.
Pertempuran antara Nyai Roro Kidul dengan Api Ilahi kian menjadi-jadi. Api Ilahi kian mabuk dek kekuasaannya dan percaya ia datang dengan tanggungjawab ? menghapuskan para dewata.
Keghairahan Api Ilahi itu tidak lagi dipandang enteng. Alam Segala Alam, Sumeru, mula bangkit daripada tidur. Di mata Sumeru, Api Ilahi adalah satu ancaman ke atas keseimbangan alam.
Satakratu mulai muncul, lima pendeta misteri yang mahir menyeru segala entiti purba ke dalam bentuk paling perkasa. Dan untuk menyeru Sumeru, empat wajahnya haruslah diperoleh.
Ambriosa, adik angkat Chaira muncul memburu siddhanta-siddhanta bernyawa.
Ahmad Zuhrah, salah seorang ahli badan pengarah konglomerat Tangga Emas juga memiliki rahsianya yang terikat pada takdir suatu entiti purba yang sangat perkasa.
Nathan, membawa rahsia entiti purba yang menghantui mimpinya ke Gunung Vinson, selaku penamat segala deritanya.
Seorang pegawai polis, Konstabel Rashidi pula muncul merungkai setiap seliratan takdir yang menyelubungi setiap dewata dan manusia yang terjatuh ke dalam jurang kelahiran entiti paling berkuasa ? Sumeru.
Reviews
There are no reviews yet.