Description
INFERNO BODYGUARD ?
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun
prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah.
kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir,
dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu,
mengikat perkaitan yang tidak mungkin
terpisahkan oleh apa jua yang menghalang.
Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell
Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas
berfikir tangkas bertindak. Namun,
ketenangannya tergugat apabila jantungnya
memberi signal supaya melindungi seorang.
gadis bernama Hana Mikayla walau dengan
apa cara sekalipun.
Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai
wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa
sedar, dirinya menjadi target Mafia Death
kerana formula dadah Blue Rose yang
dipercayai disembunyikan oleh arwah
Inspektor Khalid.
“Jangan pandang rendah kat aku.? ? Hana
Mikayla
Campbell Corporation yang turut menjadi
sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan
terpaksa bekerjasama dengan Hana
walaupun mereka tidak pernah
bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur
dengan simpulan takdir antara mereka.
Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah?
“Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri.” – RAYYAN RAZIEN
Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja?
Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan
mereka?
Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi!
“Selagi bukan ajal, aku takkan mati.”
Reviews
There are no reviews yet.