Description
SINOPSIS
Apabila kita membuka buku ini, kita dihantar ke dalam perjalanan melintasi masa, mengunjungi kembali detik-detik kecil yang sering kita lalui semasa dewasa. Pada masa-masa di mana kehidupan terasa terlalu berat untuk ditanggung, terkadang kita ingin bersembunyi daripada dunia, atau hanya mengambil nafas dalam-dalam untuk menenangkan diri.
Namun, buku ini hadir untuk memberitahu kita bahawa segala sesuatu akan berlalu. Bagi mereka yang merasa tersesat dalam kerumitan alam dewasa, tidak ada peta harta karun atau panduan sempurna untuk membimbing kita.
Kadang-kadang, sukar untuk mengelakkan kesilapan atau kekecewaan pada diri sendiri, tetapi tidak mengapa untuk berehat sesekali.
Masalah kita tidak akan dapat diselesaikan dalam satu malam. Kadangkala, yang kita perlukan hanyalah mengambil nafas sedalam-dalamnya, memujuk diri dengan selimut yang selesa, dan membershkan fikiran. Apabila kita bangun, kita akan bersedia untuk menghadapi hari baru dengan pertumbuhan yang baru, serta membawa pergi kesakitan semalam.
Reviews
There are no reviews yet.