Description
Kerana hati mahukan apa yang ia mahu.
?Astatine, saya rasa Tuhan bencikan saya?. ? ESHAL ELZAHRA
Itulah yang Eshal rasakan seumur hidupnya. Dia bencikan takdir yang selalu tidak adil dengannya. Dia tidak bahagia. Dia jadi dingin. Perengus. Pesimis.
?Kenapa kita nak pandang satu masalah kalau kita ada seratus sebab lagi untuk bersyukur??? ARDEAN TUFAIL
Itu pula Ardean Tufail a.k.a A.T. Dia lelaki hebat yang punya segala-galanya. Dia menilai hidupnya sebagai sesuatu yang pernuh keberkatan. Ceria seperti sang mentari. Tenang. Optimis.
Selain spesies jarang seperti astatine, Ardean juga umpama beruang kutub yang imun dengan suhu Artik Eshal. Hanya dia yang berani lagi selamba mengurat Eshal si Elsa The Snow Queen.
?Be my star, Eshal. I promise I will orbit around you only.? ? ARDEAN TUFAIL
Detik bersama Ardean merupakan detik terindah dalam hidup Eshal. Daripada hubungan di antara ketua dan pelajar intern, mereka kini menjadi lebih rapat. Namun, satu kejadian malang telah mengubah takdir hidup Eshal. Eshal jatuh ke fasa tergelap dalam hidupnya.
?Allow me to make you happy, allow yourself to be happy.?? ARDEAN TUFAIL
Ardean nekad untuk menghulurkan tangan. Dia mahu Eshal yang hanyut berpaut padanya. Dia memilih untuk sentiasa berada di sisi Eshal. Dia mahu menjaga Eshal.
?Awak akan menyesal, Ardean!? ? ESHAL ELZAHRA
Dan Ardean akan pastikan sebaliknya. Sepuluh kali Eshal tersungkur, sebelas kali dia akan menarik Eshal bangun. Dan dia, tak akan pernah mengalah!
Berdamailah dengan takdir. Ini bukanlah sekadar kisah cinta. Ini adalah kisah seorang wanita yang cuba untuk bangkit dan menjadi insan yang lebih baik.
?Saat kamu merasakan dirimu paling lemah, itulah sebenarnya saat dirimu yang paling kuat.?
Reviews
There are no reviews yet.