Description
Tuhan, maafkan kami, urusan kami di dunia ini masih sangatlah banyak, sehingga kami sangat kesulitan menyisihkan sebahagian harta untuk bekal kami di alam abadi-Mu. Jangankan sedekah, jangankan jariah, bahkan mengeluarkan zakat yang wajib saja sering kali terlupa.
Tuhan, urusan-urusan dunia kami masihlah amat banyak. Jadual kami masih amatlah padat. Kami amat kesulitan menyempatkan waktu untuk mencari bekal menghadap-Mu. Kami masih belum dapat meluangkan waktu untuk khusyuk dalam rukuk, menyungkur sujud, menangis, mengiba, berdoa, dan mendekatkan jiwa sedekat mungkin dengan-Mu. Tuhan, tolong jangan dulu Engkau menyuruh Izrail untuk mengambil nyawa kami kerana kami masih terlalu sibuk.
Buku ini disusun dengan klasifikasi wilayah kehidupan yang hendak dieksplorasi oleh penulis. Diawali dengan bahagian Menata Hati Mengindahi Nurani, bercengkerama tentang pemakanan tauhid, takdir, sufi, serta beberapa tema yang menyentuh jiwa. Dilanjutkan dengan tema Baiti Jannnati yang mengeksplorasi untuk menggapai kebahagiaan dalam keluarga. Seterusnya memancarkan cahaya syurga di tempat kerja, sebagai media penghambaan diri kepada Sang Pencipta. Buku ini ditutup dengan bahagian memperkukuh semangat dan visi hidup yang memotivasi Muslim untuk meraih tangga kejayaan.
Reviews
There are no reviews yet.