Description
SAAT HILANGNYA PELANGI ?
Seusai hujan, ada yang berharap datangnya pelangi. Namun, seindah apa pun pelangi yang menyapa akhirnya akan menghilang.
Seperti itulah lakaran kehidupan. Hidup memerlukan sinaran matahari dan badai hujan namun kadang kala pelangi menutup sebuah cerita luka yang menjadi rahsia.
Ya, rahsia. Semua orang ada rahsia. Sama ada sedar atau tidak, ada antara kita yang sedang menjadi watak utama dalam rahsia orang lain.
Dia gadis yang hidupnya kucar-kacir selepas dengan beraninya melanggar pantang larang abinya. Malangnya bertambah apabila ada yang mengirim gambar-gambar yang berbaur fitnah dan ugutan.
Lelaki ini, hidupnya tenang-tenang sahaja selepas melalui pelbagai episod kehidupan yang menyeksakan. Namun kemunculan musuh ketatnya secara tiba-tiba telah mengganggu-gugat ketenangan yang diraih.
?Kau dah kenapa?? ? Hayyin Fahri
?Kau tu yang dah kenapa susah sangat nak sedar diri hah?? ? Bintang Aura
?Sedar diri apa pulak ni?? ? Hayyin Fahri
?Sedar diri yang kau tu suami aku!? ? Bintang Aura
Bila masa dia berkahwin dengan ex-Head Prefect yang gila kuasa ini? Gila! Aura yang sedang melemparkan fitnah atau Fahri yang amnesia?
Mencintai tidak bermakna memiliki. Apatah lagi memilikinya membawa maksud bakal menghancurkan hati yang tulus mencintai. Biarlah.. dia sanggup digelar bagai pungguk rindukan bulan daripada menjadi asbab penderitaan orang yang amat dicintainya.
?Saya pembawa bencana dan malapetaka yang dahsyat dalam hidup awak.? ? Bintang Aura
Siapa pula yang tergamak menghancurkan satu per satu kebahagiaan yang mereka perolehi selama ini?
Mampukah pelangi yang hilang mewarnai kembali langit indah mereka?
?Jikalau harus memilih antara kau dengan segalanya, aku akan memilih kau kerana kau adalah segala-galanya.?
Reviews
There are no reviews yet.