Description
Malang menimpa! Zen dan adiknya, Anne terbabit dalam kemalangan jalan raya. Seminggu Zen koma. Bila sedar, Zen dapati kecederaan Anne tidaklah serius. Tetapi masalahnya…
“Awak ni siapa?”
Sekali pandang, Zen dapat mengagak gadis itu bukan adik kesayangannya. Roh Anne terawang-awang entah ke mana dan ada roh lain memasuki badannya. Roh itu pula orang yang juga terlibat dalam kemalangan merangkap rakan sekelas Zen, Nelda!
Keberadaan Anne tidak dapat dijejaki. Zen. Nelda pula buat spekulasi roh Anne ada dalam badannya yang koma. Adakah benar apa yang mereka fikir? Roh dua orang gadis bertukar badan?!!
Reviews
There are no reviews yet.