Description
?Aku dengar kakak senior cerita ada seorang pelajar mati kena prank dalam makmal komputer ni.?
?Biar betul?? Dia menekup mulut.
?Tak tahulah betul atau tak. Tapi kalau bernasib baik, kita akan jumpa hantu pelajar tu.? Dia pun hanya mendengar daripada mulut senior. Apabila kakak senior berkumpul buka cerita hantu di sekolah, dia akan tumpang pasang telinga.
?Dia mati sebab apa??
?Sakit jantung. Kawan-kawan dia menyamar jadi hantu takutkan dia. Kasihan, kan??
?Shhh….? Rakannya di hadapan meletakkan jari telunjuk ke bibir. ?Kau ada dengar tak??
Bunyi mesin pencetak mengejutkan mereka bertiga. Mereka menghalakan lampu suluh ke arah bunyi tersebut. Mesin itu hidup tanpa disambungkan plug. Helaian kertas kosong keluar satu per satu. Tiba-tiba muncul satu lembaga yang berdiri berhampiran meja mesin pencetak itu dan ia tidak berkepala. Darah hitam membasahi kemeja yang dipakai.
?Memang boleh sakit jantung macam ni!? jerit salah seorang daripada pelajar perempuan itu.
* * * * *
Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Reviews
There are no reviews yet.