Description
THE ART OF SELF-LEADERSHIP
?Saya bukan seorang ketua. Saya tidak berminat menjadi pemimpin.?
?Saya dipaksa menjadi ketua. Bagaimana saya harus bermula??
?Sudah lama saya menjadi ketua. Tetapi semakin lama, saya rasa semakin banyak yang saya perlu pelajari tentang ilmu kepimpinan?
Menyentuh aspek kepimpinan, umum cenderung membayangkan posisi ketua atau pemimpin pasukan, organisasi, negara bahkan dunia. Satu topik sentiasa malar segar untuk dikaji dan dibincang.
Pengarang mengusulkan naratif kepimpinan mesti bermula dengan diri sendiri, maka beliau merincikan bagaimana langkah-demi-langkah membentuk kendiri sebagai pemimpin yang berwibawa. Terdapat 5 bahagian utama topik yang dihuraikan melalui sub-topik yang bertujuan menggali potensi diri sekali gus membimbing hal-hal kepimpinan.
Satu bacaan bersesuaian untuk bakal memimpin ataupun sudah memimpin tanpa mengira latar pendidikan dan pekerjaan. Pengkhususan ilmu dan adab kepimpinan yang mudah difahami berserta contoh relevan, dapat dipraktikkan secara langsung dalam kehidupan harian anda.
Reviews
There are no reviews yet.