Description
oleh Muzayyanah Abdullah, Alfiah Berkah
Tanpa kita sedar, sebenarnya perkara yang paling kita idamkan dalam hidup adalah mendapat ketenangan ketika menjalani kehidupan, hati tenang dan seronok melakukan perkara yang kita suka.
Tanpa sedar, sebenarnya perkara yang paling kita idamkan dalam hidup adalah apabila kita mampu berdamai dengan diri sendiri, berdamai dengan takdir dan bersedia menerima apa sahaja yang berlaku pada masa hadapan.
Kita menikmati setiap perkara yang kita lakukan; kita seronok beribadah, kita seronok bekerja. Tanpa sedar, sebenarnya perkara yang paling diidamkan dalam hidup kita adalah dapat merasai kebahagiaan.
Sahabat, sebenarnya bukan bahagia yang membuatkan kita bersyukur, tetapi bersyukurlah yang membuatkan kita bahagia.
?Janganlah risau dengan nikmat yang tidak kita dapat, tetapi risaulah dengan nikmat yang belum kita syukuri. Kadangkala Allah memberikan nikmat melalui masalah dan memberikan masalah melalui nikmat.?
Maka, bersyukurlah.
Reviews
There are no reviews yet.